5 Sebab Dispenser Air Jenama Aqua Kent 

Pilihan Sesuai Untuk Sekolah dan Universiti



Pelaburan terbaik oleh pihak institusi pengajian adalah pembelian mesin dispenser air. Hal ini demikian kerana air merupakan salah satu sumber penting buat manusia untuk kekal hidrat dan menjaga kesihatan terutamanya kepada para pelajar yang amat memerlukan air untuk menghilangkan kelesuan semasa belajar dan lebih fokus sama ada semasa belajar atau beriadah. 


Ada kemungkinan pihak sekolah dan universiti mengalami kesukaran dalam memilih dispenser air terbaik di kalangan jenama dispenser air di Malaysia. Pihak institusi pengajian semestinya mencari dispenser air yang bukan sahaja berkualiti tinggi dan mempunyai harga berpatutan, malah fitur mesin ini mestilah bersifat tahan lama dan serba guna buat penggunanya.


Mari kita rungkaikan 5 sebab dispenser air yang paling disyorkan iaitu Stainless Steel Hot & Cold Water Cooler keluaran Aqua Kent ini menepati ciri-ciri pilihan terbaik untuk pihak sekolah dan universiti.


Mesin Aqua Kent Fully Stainless Steel Hot And Cold Economy Water Cooler

yang ditempatkan di sekolah.

  1. Pengiktirafan Tertinggi

Salah satu faktor kesukaran dalam pemilihan dispenser air disebabkan keraguan terhadap ketulenan air dan proses penapisan dijalankan oleh syarikat penapis air tersebut. Hal ini kerana ini berkaitan dengan kesihatan dan pengguna yang bijak sentiasa mahukan produk yang bermanfaat buat mereka. Anda tidak perlu risau kerana produk Aqua Kent mempunyai pensijilan tahap tertinggi dalam industri penapisan dan penulenan air. Salah satunya ialah pensijilan WQA Gold Seal iaitu pengiktirafan tertinggi WQA kepada penapis air yang menepati piawaian ditetapkan. Melalui pensijilan ini, produk Aqua Kent sekaligus menjaminkan keselamatan penggunaan produk buat pelanggan. 



Pensijilan tertinggi yang lain juga telah dianugerahkan kepada Aqua Kent sebagai pengiktirafan penapis air yang berkualiti dan selamat untuk pengguna seperti pensijilan NSF, ROHS, pensijilan CE (European Conformity) dan pensijilan TUV SUD.



Maklumat lebih lanjut:  https://www.aquakentro.com.my/about

  1. Ciri-ciri Menarik Produk

Produk dispenser air Aqua Kent ini juga terkenal dengan fitur yang serba guna untuk memudahkan pengguna. Produk ini mempunyai pilihan air panas dan sejuk yang membolehkan pengguna menyesuaikan tetapan suhu air mereka dan mendapatkan air secara percuma tanpa penggunaan duit syiling. Pasti mudah bagi sesiapa yang ingin membuat air minuman ataupun masak maggi tanpa menunggu air mendidih. Dispenser air ini berkapasiti tinggi yang boleh menyimpan air sehingga 10 liter air sejuk dan 20 liter air panas. Terdapat juga kepala paip kaca untuk air sejuk disediakan bagi seseorang untuk minum secara terus dari kepala paip atau mengisi air dalam botol air. 

  1. Sistem Penapisan Terbaik

Aqua Kent menyediakan kartrij penapis iaitu penapis sedimen polipropilena dan penapis karbon teraktif yang berfungsi membuang semua zarah terampai yang besar termasuk lumpur, pasir, karat dan menghalang sebarang zarah besar memasuki proses penulenan. Penapis karbon teraktif pula merawat karbon aktif dan memerangkap pencemaran kimia seperti bau busuk dan hidrokarbon.


Aqua Kent juga menggunakan proses penulenan berganda yang dipatenkan seperti penapisan RO yang membuang bahan membahayakan di dalam air dan melarutkan bahan kotoran seperti klorin dan fluorida. Penapisan UF pula akan membuang bakteria dan sista yang dapat menjadi penyebab penyakit teruk. Aqua Kent juga menggunakan TDS Controller yang berfungsi mengekalkan galian mineral semula jadi di dalam air. Proses penapisan UV juga dijalankan dalam peringkat terakhir sebagai perlindungan dan menapis air buat kali terakhir untuk memastikan air tulen dan ditapis itu bebas virus.



6 peringkat penapisan air Aqua Kent


Melalui proses ini, Aqua Kent dapat mengekalkan bahan terbaik dalam minuman dan menapis bahan kotoran lain. Sesungguhnya, air yang dijamin berkualiti dapat memberi manfaat kepada pelajar di sekolah dan universiti. 

  1. Sifat Tahan Lama

Setiap orang pasti mahu sesuatu barangan itu dapat digunakan dalam tempoh yang lama. Hanya dengan servis yang kerap, produk itu dapat bertahan lama. Begitu juga dengan dispenser air Aqua Kent yang dicipta daripada keluli tahan karat ini, bersifat bebas kakisan dan menjamin jangka hayat penggunaan yang berpanjangan.


Salah satu sebab dispenser air mudah rosak apabila masalah tekanan air berlaku. Dispenser air membekalkan air dengan membuka injap masuk air ke dalam mesin. Jika injap ini berhenti, mungkin disebabkan tekanan air terlalu rendah, terlalu tinggi atau sudah rosak. Mujurlah dispenser air Aqua Kent ini mempunyai injap pengurang tekanan untuk mengawal aliran air kepada tekanan tertentu. Dengan fitur ini, mesin ini dapat bertahan lama buat jangka masa panjang dengan penyelenggaraan berkala.

  1. Harga Mampu Milik


Faktor ini merupakan antara sebab utama pelanggan memilih produk Aqua Kent sebagai pilihan mereka berbanding produk-produk lain. Dengan harga mampu milik iaitu RM1680.00, produk ini merupakan pelaburan terbaik buat pihak sekolah dan universiti terhadap pelajar untuk mendapatkan air minuman berkualiti pada harga yang berbaloi. 


Layari laman web Aqua Kent untuk pilihan dispenser air yang lain: https://www.aquakentro.com.my/Fully-Stainless-Steel-Water-Coolers

NATIJAH

Kami mengesyorkan dispenser air Stainless Steel Hot & Cold Water Cooler sekiranya anda mencari produk yang bersesuaian dengan kawasan sekolah dan universiti dengan harganya yang berpatutan, sifat produk yang tahan lama, dan berkualiti tinggi. Kami pasti anda akan puas hati dengan tahap kebolehgunaan tinggi produk Aqua Kent ini.

TENTANG AQUA KENT RO

Aqua Kent RO Malaysia merupakan syarikat penapis air dan penulen air terkemuka dan boleh dipercayai oleh pelanggan di Malaysia disebabkan sistem penulenan penuh revolusi yang dikenali sebagai Teknologi Mineral ROKent (Kent’s Mineral ROTechnology) untuk menghasilkan air yang tulen.


Aqua Kent berdedikasi untuk berkhidmat kepada pelanggan dengan memberi mereka pengalaman terbaik dari aspek perkhidmatan selepas jualan serta penghasilan produk berkualiti tinggi bermula dari penapis air luar rumah, penulen air, dispenser air sehingga penapis udara, penapis buah-buahan dan sayur-sayuran dan banyak lagi.


Kami percaya semua orang wajar dapat minum air yang bersih. Bersama Aqua Kent RO, anda dapat minum air yang bersih dengan cara lebih sihat tanpa sebarang kompromi.


Untuk maklumat lanjut, layari laman media sosial kami : 

Website : www.aquakentro.com.my

Instagram : https://www.instagram.com/aquakentwaterfilter/

Facebook : https://www.facebook.com/AquaKentROMalaysia/

Linkedin : https://www.linkedin.com/company/aquakentromalaysia/



Oleh: Nur Izzati Mohd Saleh